Jumaat, 27 Mei 2016

Wan Abdul Rahman 'Panglima Harimau Tak Berkubur'

Wan Abdul Rahman digelar 'Panglima Harimau Tak Berkubur' adalah ayahanda pada Allahyarham Kapten Haji Wan Ngah bin Wan Abdul Rahman JMF. Saya ada merujuk kepada waris di Kuala Trengganu iaitu Wan Hulaimin bin Wan Ahmad, cucu pada Wan Abdul Rahman. Sekiranya ada pihak atau sumber mengatakan Wan Abdul Rahman tersebut adalah Orang Kaya Panglima Perang Besar Megat Haji Wan Abdul Rahman Trengganu itu adalah pendapat yang tidak sahih. Saya sebagai piut pada Wan Abdul Rahman ingin menegaskan di sini bahwa Wan Abdul Rahman bukan individu yang dapat dikaitkan dengan Orang Kaya Panglima perang Besar Megat Haji Abdul Rahman Trengganu. Sekian Harap maklum.

Jumaat, 20 November 2009

Perlantikan Raja-Raja Melayu yang melanggar adat

Adat bersendikan syarak,
Syarak bersendikan kitab Allah,
Syarak mengata, adat memakai,
Cermin yang tidak kabur, Pelita yang tidak padam

Perbilangan adat di atas hanya tinggal sejarah semata. Itu pun kalau ada yang nak kaji. Kisah terjadi di depan mata kita bukti banyak adat Melayu yang ditinggalkan oleh orang Melayu kita sendiri yang bangga berbangsa Melayu tetapi tidak beradat Melayu apatah lagi telah jauh meninggalkan hukum syarak yang dipegang teguh oleh nenek moyang kita suatu tika dahulu. Pemilihan waris Raja yang bukan gahara memang tidak langsung mengikut adat kita orang Melayu yang beradat dan bersyarak.

Adat pemilihan waris Raja yang berdarah gahara sebagai bakal pengganti mula ditinggal-tinggalkan. Adat Raja-Raja Melayu yang mengikuti syor agama ini dapat menjamin kesucian nasab pemerintah dapat terpelihara dari sebarang unsur pencemaran. Malangnya dengan pengabaian adat yang penting ini, ditakuti akan mendedahkan Institusi Raja-Raja Melayu kepada musuh-musuh agama dan bangsa yang sentiasa mencari peluang untuk menyelinap masuk ke dalam pemerintahan umat Islam, dan membuat kerosakan dari dalam.

Perkahwinan Raja-Raja Melayu dengan wanita biasa (kebanyakan) yang tidak diketahui asal-usulnya ditakuti boleh mencemari kegaharaan waris pemerintah. Jika tidak segera dibendung, ianya kemudian boleh membawa kepada perkahwinan Raja-Raja Islam dengan wanita luarbiasa (iaitu wanita kebanyakkan dari bangsa lain). Dari sini mudah untuk agen-agen Yahudi dan Nasrani untuk menyelinap masuk wanita-wanita mereka atau yang gharib ke dalam pemerintahan umat Islam dan merosakannya dari dalam.

Sesungguhnya Allah Maha Adil. Dalam konteks di atas bukan tidak boleh bagi seorang Raja Islam untuk mengahwini wanita kebanyakan, tetapi dengan satu ketetapan, iaitu mana-mana putera yang lahir dari perkahwinan ini tidak boleh mewarisi pemerintahan (kerana tidak gahara) berbanding dengan putera yang dilahirkan melalui perkahwinan Raja dengan wanita yang gahara. Sedangkan keistimewaan-keistimewaan lain sebagai anak-anak raja tetap dapat dinikmati oleh putera-putera yang tidak gahara ini.

Harus diingat, bab pemerintahan umat Islam adalah urusan Allah SWT dan bukan barang mainan yang boleh dipolitikkan. Jika ciri zuriat menjadi antara faktor kelayakan yang dituntut sebagai calon Khalifah atau Raja, ianya jelas meletakkan kepentingan nasab mulia sebagai pemagar kepada instutusi pemerintahan umat Islam yang berdaulat dan berkesan sebagai tonggak agama dan bangsa.

Sabtu, 14 November 2009

Institusi Ketenteraan

Kedatangan Islam adalah untuk membawa kesejahteraan kepada seluruh alam serta memberikan keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran. Kesejahteraan tidak mampu dibeli dengan wang ringgit atau perbualan sahaja. Begitu juga dengan Islam yang tidak sunyi dari ancaman dan tentangan. Bagi mengatasi segala masalah ini satu pasukan tentera perlulah di bentuk bagi menghadapi ancaman luar dan dalam.

Institusi ketenteraan adalah merupakan salah sebuah institusi yang tertua di dalam sejarah dunia. Institusi ketenteraan ini ditubuhkan seiring dengan sebuah negara. Ianya bertujuan untuk menjaga keselamatan dan menjamin kedaulatan sesebuah negara. Begitulah juga dengan Islam amat menitikberatkan soal ketenteraan. Rasulullah SAW telah membentuk pasukan tenteranya sendiri bagi menghadapi ancaman daripada musuh-musuh Islam di Madinah. Keadaan ini adalah sama dengan negara kita sekarang yang mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Di zaman Rasulullah SAW anggota tenteranya berjuang secara sukarela tanpa dibayar gaji. Namun keadaan ini tidaklah mengubah nilai ibadat di sisi Allah jika kita benar-benar melaksanakan tugas ketenteraan ini semata-mata kerana Allah SWT.

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama meneliti dan membetulkan niat kita di atas tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita untuk kita melaksanakannya semata-mata kerana Allah SWT.

Jumaat, 6 November 2009

Hak Muslim Terhadap Saudaranya Yang Muslim

1. Menutup keaibannya.
2. Meringankan kesusahannya.
3. Membantu di dalam segala hal yang penting dan perlu.
4. Memenuhi segala hajat dan keperluannya.
5. Menghapuskan duka nestapanya.
6. Membelanya jika teraniaya.
7. Menolongnya jika lemah.
8. Meringankan beban hidupnya.
9. Menghormati orang tua.
10. Kasihan terhadap yang kecil.
11. Tidak menyusahkannya, tidak menyiakannya, tidak menghina atau memandang rendah kepada yang lain.
12. Tidak mencaci atau mengejeknya.
13. Tidak menipu saudaranya.
14. Tidak dengki,dendam atau sangka jahat terhadap saudaranya.
15. Mengasihinya sebagaimana mengasihi dirinya sendirinya.

Keistimewaan Nabi Muhammad SAW

Rasulullah SAW mempunyai beberapa keistimewaan, antaranya:

1. Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir. Tidak akan datang lagi nabi dan rasul sesudahnya.

2. Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul untuk seluruh umat manusia. Ajaran syariatnya bersifat universal (sejagat) untuk semua bangsa, tanpa mengira bahasa dan tempat, sesuai untuk semua tempat dan zaman.

3. Nabi Muhammad SAW adalah semulia-mulia nabi dan rasul. Baginda adalah penghulu segala rasul dan nabi terakhir.

Dato' Wan Idris Zuriat Keturunan Raja Temenggong Muar

Al-Marhum Dato' Wan Idris ibni Engku (Wan) Ibrahim anak kelahiran Segamat Johor. Keturunan Raja Temenggong Muar dari susur galur Paduka Sri Raja Iskandar Shah Melaka. Dato' Wan Idris telah dilahirkan pada tahun1888 dan mangkat pada tahun 1973. Makam Al-Marhum ada terdapat di Makam Diraja Mahmoodiah Johor Bahru Johor. Al-Marhum telah dijaga oleh Al-Marhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Enche Wan Abu Bakar) Johor seusia 10 tahun lagi. Dato' Wan Idris zuriat waris Raja Temenggong Muar yang pertama dan terakhir pernah menjadi Menteri Besar Johor. Jasa Al-Marhum memang banyak kepada negeri Johor.

Sejarah hidup Dato' Wan Idris ibni Engku (Wan) Ibrahim, Menteri Besar Johor ke-9 boleh diketahui melalui laman blog berikut:

http://tunsheikh.blogspot.com/

Gelaran Bagi Kerabat Diraja Keturunan Syed

Datuk Abdullah Ali dalam bukunya ada menyatakan bahawa 'Syed' dikatakan daripada keturunan Nabi Muhammad SAW dan pemegang gelaran ditunjukkan rasa hormat yang tinggi. Mereka memang dilayan seperti kerabat diraja dan sering dirujuk sebagai 'Tengku Syed'. Mereka selalu diberikan panggilan kehormat 'Yang Mulia' di awal nama mereka. Anak perempuan 'Syed' dikenali sebagai 'Sharifah'.

* Datuk Abdullah Ali - Buku Protokol Malaysia & Bentuk Panggilan yg tepat.