Sabtu, 14 November 2009

Institusi Ketenteraan

Kedatangan Islam adalah untuk membawa kesejahteraan kepada seluruh alam serta memberikan keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran. Kesejahteraan tidak mampu dibeli dengan wang ringgit atau perbualan sahaja. Begitu juga dengan Islam yang tidak sunyi dari ancaman dan tentangan. Bagi mengatasi segala masalah ini satu pasukan tentera perlulah di bentuk bagi menghadapi ancaman luar dan dalam.

Institusi ketenteraan adalah merupakan salah sebuah institusi yang tertua di dalam sejarah dunia. Institusi ketenteraan ini ditubuhkan seiring dengan sebuah negara. Ianya bertujuan untuk menjaga keselamatan dan menjamin kedaulatan sesebuah negara. Begitulah juga dengan Islam amat menitikberatkan soal ketenteraan. Rasulullah SAW telah membentuk pasukan tenteranya sendiri bagi menghadapi ancaman daripada musuh-musuh Islam di Madinah. Keadaan ini adalah sama dengan negara kita sekarang yang mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Di zaman Rasulullah SAW anggota tenteranya berjuang secara sukarela tanpa dibayar gaji. Namun keadaan ini tidaklah mengubah nilai ibadat di sisi Allah jika kita benar-benar melaksanakan tugas ketenteraan ini semata-mata kerana Allah SWT.

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama meneliti dan membetulkan niat kita di atas tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita untuk kita melaksanakannya semata-mata kerana Allah SWT.

3 ulasan:

Kumpulan RajaMenangis berkata...

Salam, Dato' Panglima Harimau.

Terima kasih atas kunjungan ke blog kami. InsyaAllah, sama-sama kita mendapat manfaat. Untuk pengetahuan Dato', kami sudah link ke blog http://rajamenangis.blogspot.com

Semoga ukhuwah berkekalan.

Putra Blog berkata...

Terima kasih buat dato kerana menghulurkan salam kenal...dan tentang YAM.Permaisuri siti aishah itu memanglah beliau sekarang digelar yang amat mulia(dengan penuh gaya),gelaran itu hanya hilang apabila beliau berkahwin...gelaran yang amat mulia tidak bermakna 'melawan' kedudukan kerabat gahara...apapun kita hanya mampu terima...dan bagi saya itu satu panggilan yang tidak sesuai kepada beliau..sepatutnya YANG TERAMAT MULIA(YTM)kerana kesemua isteri yang bukan gahara bergelar YTM...lebih advance dari YANG AMAT MULIA(YAM) tetapi walau apa pun kerabat tetap kerabat..dan kita patut hormat...

salam
peace and respect

faroki berkata...

salam,
Pasukan Tentera kita dibawah Raja , Askar Melayu Diraja..,TUDM
manakala Polis juga Polis Diraja,
Polis dibawah Raja, senang nak tangkap Menteri-menteri yang rasuah/pecah amanah

Tk