Jumaat, 20 November 2009

Perlantikan Raja-Raja Melayu yang melanggar adat

Adat bersendikan syarak,
Syarak bersendikan kitab Allah,
Syarak mengata, adat memakai,
Cermin yang tidak kabur, Pelita yang tidak padam

Perbilangan adat di atas hanya tinggal sejarah semata. Itu pun kalau ada yang nak kaji. Kisah terjadi di depan mata kita bukti banyak adat Melayu yang ditinggalkan oleh orang Melayu kita sendiri yang bangga berbangsa Melayu tetapi tidak beradat Melayu apatah lagi telah jauh meninggalkan hukum syarak yang dipegang teguh oleh nenek moyang kita suatu tika dahulu. Pemilihan waris Raja yang bukan gahara memang tidak langsung mengikut adat kita orang Melayu yang beradat dan bersyarak.

Adat pemilihan waris Raja yang berdarah gahara sebagai bakal pengganti mula ditinggal-tinggalkan. Adat Raja-Raja Melayu yang mengikuti syor agama ini dapat menjamin kesucian nasab pemerintah dapat terpelihara dari sebarang unsur pencemaran. Malangnya dengan pengabaian adat yang penting ini, ditakuti akan mendedahkan Institusi Raja-Raja Melayu kepada musuh-musuh agama dan bangsa yang sentiasa mencari peluang untuk menyelinap masuk ke dalam pemerintahan umat Islam, dan membuat kerosakan dari dalam.

Perkahwinan Raja-Raja Melayu dengan wanita biasa (kebanyakan) yang tidak diketahui asal-usulnya ditakuti boleh mencemari kegaharaan waris pemerintah. Jika tidak segera dibendung, ianya kemudian boleh membawa kepada perkahwinan Raja-Raja Islam dengan wanita luarbiasa (iaitu wanita kebanyakkan dari bangsa lain). Dari sini mudah untuk agen-agen Yahudi dan Nasrani untuk menyelinap masuk wanita-wanita mereka atau yang gharib ke dalam pemerintahan umat Islam dan merosakannya dari dalam.

Sesungguhnya Allah Maha Adil. Dalam konteks di atas bukan tidak boleh bagi seorang Raja Islam untuk mengahwini wanita kebanyakan, tetapi dengan satu ketetapan, iaitu mana-mana putera yang lahir dari perkahwinan ini tidak boleh mewarisi pemerintahan (kerana tidak gahara) berbanding dengan putera yang dilahirkan melalui perkahwinan Raja dengan wanita yang gahara. Sedangkan keistimewaan-keistimewaan lain sebagai anak-anak raja tetap dapat dinikmati oleh putera-putera yang tidak gahara ini.

Harus diingat, bab pemerintahan umat Islam adalah urusan Allah SWT dan bukan barang mainan yang boleh dipolitikkan. Jika ciri zuriat menjadi antara faktor kelayakan yang dituntut sebagai calon Khalifah atau Raja, ianya jelas meletakkan kepentingan nasab mulia sebagai pemagar kepada instutusi pemerintahan umat Islam yang berdaulat dan berkesan sebagai tonggak agama dan bangsa.

1 ulasan:

faroki berkata...

salam,
saya bersetuju dengan bab warisi pemerintahan beraja.
Raja itu Wali/Khalifah..
Di mesjid-mesjid ada dibaca "ila hadratin nabiyil mustapha saw wa alihi wa zuriatihi wasohbihi...."

adakah kita memahami lafaz itu?
Zuriatihi dulu baharu diikuti sahabat...,
bukti keturunan syed - adalah Raja Perlis..

sekian, utk dikongsi bersama pandangan.